PM ucap tahniah kepada YADIM, harap cetus gelombang dakwah

PM ucap tahniah kepada YADIM, harap cetus gelombang dakwah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) atas kejayaan menganjurkan program tazkirah 24 jam tanpa henti yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Menerusi catatan di Facebook malam ini, Ismail Sabri berharap usaha itu dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang berhasrat bersama-sama melestarikan gerakan dakwah di Malaysia.



“Alhamdulillah, dalam menyulam rasa kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, YADIM berjaya mencatatkan rekod apabila mencipta nama dalam MBOR melalui penganjuran program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai ‘Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk’.

“Tahniah YADIM dan kepada semua yang terbabit dalam usaha mencetuskan gelombang dakwah di negara ini,” katanya.

Program dengan tontonan 44,893 peserta membabitkan 24 penceramah dari dalam dan luar negara itu berlangsung dari jam 9 malam 18 Oktober hingga jam 10 malam 19 Oktober diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H yang menjadi sebahagian pengisian kepada program Bulan Dakwah 2.0 YADIM. BH

PM ucap tahniah kepada YADIM, harap cetus gelombang dakwah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker