Juara dunia, Aaron-Wooi Yik bungkus jua


AARON dan Wooi Yik tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin pada suku akhir Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena hari ini.

Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Malaysia Masters apabila tewas straight-set kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Pilihan kedua kejohanan itu tewas 18-21, 19-21 pada aksi suku akhir di Axiata Arena sebentar tadi sekali gus merakam kekalahan kedua dalam enam pertemuan dengan beregu meningkat naik Indonesia tersebut.

Satu lagi wakil beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas tumbang di tangan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-15, 16-21, 14-21.

Ia menyaksikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil tunggal beregu lelaki negara yang akan beraksi di peringkat separuh akhir esok.

Turut melangkah ke separuh akhir esok ialah beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang akan bertemu pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.

AARON dan Wooi Yik tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin pada suku akhir Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena hari ini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker