Awang Adek dilantik jadi Pengerusi baharu SC

Awang Adek dilantik jadi Pengerusi baharu SC

Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu bermula 1 Jun ini menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima peletakan jawatan Syed Zaid sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya SC yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

“Pelantikan ini adalah selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498),” katanya.

Awang Adek mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia (BNM), bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke AS dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

“Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi,” katanya. BH

Awang Adek dilantik jadi Pengerusi baharu SC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker