Shila Amzah nafi putus cinta dengan Ubai
Penyanyi Shila Amzah menangkis dakwaan hubungannya dengan pempengaruh, Ubai putus selepas memuat naik hantaran Instagram memberi bayangan putus cinta semalam.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah menjelaskan perkara tersebut tercetus disebabkan situasi dirinya tidak baik, bukan berpunca daripada kekasih hatinya.
“Kesimpulannya hubungan kami okey, cuma saya sahaja yang berada dalam keadaan tidak baik.
“Saya juga ingin jelaskan bahawa keadaan kurang baik itu bukan disebabkan Ubai.
“Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” luahnya dalam siaran langsung di Instagram, hari ini.
Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu juga menegaskan tujuan memuat naik hantaran semalam adalah ingin meluahkan rasa kasih terhadap Ubai selepas lima bulan menyulam cinta.
Namun, dia pelik apabila beberapa pihak yang menganggap statusnya seakan bayangan mengenai pengakhiran percintaan mereka.
“Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun.
“Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.
“Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan,” jelasnya.
Dalam masa sama, Shila menjelaskan perbuatannya bukan untuk mengundang buruk sangka orang ramai apatah lagi dia memuat naik gambar bersama pemilik nama Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli.
“Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai)?
“Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang.
“Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan,” tuturnya.
Semalam, heboh dalam media sosial mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dikatakan putus selepas lima bulan menjalin kasih.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan media, Ubai turut memaklumkan tentang pasang surut sesuatu hubungan dan mengharap doa baik dari orang ramai.
Hubungan percintaan pelantun lagu Cinta Hati itu dan Ubai mula didedahkan kepada umum pada Februari lalu selepas jatuh hati apabila terlibat dalam insiden skuter.
Malah, terdapat spekulasi muncul mengatakan hubungan mereka ke arah lebih serius apabila Ubai dilihat membeli cincin ‘tanda’ simbolik hubungan mereka dan berjumpa ibu teman wanitanya bagi meminta restu terhadap percintaan mereka.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
You must be logged in to post a comment.