Madani didakwa kali ke-4

Bekas CEO MARii mengaku tidak bersalah terhadap 12 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta pada 2021 dan 2022.

Madani didakwa kali ke-4

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta pada 2021 dan 2022.

Sinar Harian melaporkan Madani Sahari, 56, yang pernah menerajui Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) membuat pengakuan itu di depan Hakim Rohatul Akmar Abdullah, selepas pertuduhan dibacakan.

Ini kali keempat Madani dihadapkan ke mahkamah. Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebanyak dua kali dan sekali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Madani didakwa dengan 10 pertuduhan menerima hasil aktiviti haram menerusi akaun bank milik peguamnya, Norizan & Associates berjumlah RM1 juta.

Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa menerima hasil aktiviti haram RM38,000 daripada Trillion Cove Holdings Berhad, hasil pembelian saham Redeemable Preference Share-i berjumlah RM1 juta.

Semua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad cawangan Kulim antara 7 Sept 2021 hingga 22 Feb 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd Radzuan memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dan Rahmat Abu Bakar yang mewakili Madani bersetuju mengguna pakai jaminan itu.

Hakim membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan syarat tambahan, iaitu seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Jun ini. FMT

Madani didakwa kali ke-4

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker