Imej AI wajah 5 bintang Hollywood versi kanak-kanak

Imej AI wajah 5 bintang Hollywood versi kanak-kanak

Sebuah laman Facebook yang terkenal kerana sering menghasilkan imej kepintaran buatan (AI) mendedahkan gambar lima pelakon popular Hollywood dalam versi wajah kanak-kanak menggunakan teknologi tersebut, lapor akhbar The Sun.

Akaun ‘the_ai_dreams’ menghasilkan imej kanak-kanak Jennifer Lawrence, Brad Pitt, Nicole Kidman, Leonardo DiCaprio dan Tom Cruise yang disifatkan amat mirip dengan wajah mereka.



Bagi gambar bintang filem trilogi The Hunger Games, imej Lawrence versi kanak-kanak yang juga berambut perang mempunyai iras wajahnya, namun the_ai_dreams tidak menyatakan sumber rujukan bagi gambar tersebut.

Bagi gambar AI Pitt, ia kelihatan seperti kanak-kanak comel yang sedang merajuk, namun iras wajahnya ada menyamai bekas suami Angelina Jolie itu.

Seterusnya, tidak sukar untuk meneka gambar ketiga yang menyamai Kidman berdasarkan rambut berwarna merah dan kulit pucat yang menjadi imej pelakon Australia-Amerika itu.

Imej AI kanak-kanak DiCaprio pula menyuntik elemen klasik berdasarkan pakaiannya, seperti yang dipakai bintang itu dalam filem Titanic menerusi watak Jack.



Akhir sekali, imej AI bintang filem Top Gun, Cruise juga mudah untuk diteka berdasarkan kaca mata aviator yang sering dipakainya dalam filem-filem pengintip seperti Mission Impossible. Agensi

Imej AI wajah 5 bintang Hollywood versi kanak-kanak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker