Misteri baru Titanic kini terungkap dalam imbasan digital penuh pertama

PASUKAN penyelidik laut dalam telah menyelesaikan imbasan digital penuh pertama kapal Titanic yang menunjukkan keseluruhan retakan pada kapal pelayaran mewah itu selepas ia tenggelam 110 tahun lalu.

Ia termasuk butiran yang belum pernah direkodkan sebelum ini.

Kejayaan itu menyusul di sebalik tayangan dokumentari baharu mengenai penemuan tersebut.



Dengan menggunakan dua kapal selam yang mampu beroperasi secara jarak jauh, pasukan penyelidik telah menghabiskan enam minggu pada musim panas tahun lepas di Lautan Atlantik Utara untuk memetakan keseluruhan bangkai kapal di kawasan serpihan seluas 3 batu.

Penyelidik turut menemukan beberapa barangan peribadi penumpang seperti kasut dan jam tangan.

Pada 15 April, 1912, kapal Titanic sedang dalam pelayaran sulungnya dari Southampton, England ke New York apabila ia bertembung dengan bongkah ais di Newfoundland, Lautan Atlantik Utara.

Kapal mewah tersebut tenggelam dalam tempoh beberapa jam selepas pelanggaran dan mengorbankan kira-kira 1,500 orang penumpang.



Serpihan kapal yang ditemui pada tahun 1985 terletak kira-kira 12,500 kaki (3,800 meter) di dasar laut
Sejak tahun lepas, sebuah kumpulan penyelidik telah menghabiskan masa selama tujuh bulan untuk memproses data dan maklumat mengenai tragedi tersebut.

Kesemua data itu dirakamkan di dalam sebuah dokumentari yang dijangka ditayangkan pada tahun depan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker