Emma Maembong ” tak koyak dan tak kena jahit”

 

Berang dengan tuduhan netizen dirinya tidak berpantang dengan sempurna selepas bersalin anak kedua, aktres jelita Emma Maembong meluat dengan tohmahan tidak berasas tersebut.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, kalau boleh dia enggan pusing dengan telahan khalayak namun nampaknya, kini semua semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan fitnah.



“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau tidak,” katanya.

Tegas Emma, keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik-baik belaka dan tidak seperti dakwaan sebilangan orang yang menyatakan dirinya menangis, tumpah darah dan sebagainya.

“Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah – semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.



“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung ,” katanya menerusi satu video TikTok.

Jelasnya lagi, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika dan selepas melahirkan anak.

Namun, dia tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut berada dalam posisi terbaik.

“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.



“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.

“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya penuh sinikal.

Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker