Amir jaga mulut, tak mahu peristiwa lama dalam Super Spontan berulang

 

Enggan mengguris hati orang sekeliling, pelawak Amir Raja Lawak mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Katanya yang dikenali dengan panggilan Amirreka itu, sepanjang 13 tahun menceburi arena hiburan, perkara utama diberi perhatian adalah tidak menggunakan bahasa kesat atau lucah, apatah lagi memalukan pihak lain.



“Sebenarnya saya pernah ditegur seorang seorang artis yang juga peserta Super Spontan beberapa musim terdahulu atas sebab dia tidak selesa dengan soalan yang saya ajukan.

“Pada mulanya, saya tidak perasan dia menyimpan rasa marah, hinggalah sebaik selesai program itu apabila dia menghantar mesej ringkas kepada saya berkenaan soalan terbabit

“Saya terima sahaja rasa tidak puas hati yang diluahkan kerana memahami perasaannya ketika itu. Mungkin dia pun sedang bergelut dengan emosi.

“Barangkali pada saya soalan tersebut biasa saja, tetapi untuknya tidak. Kita dah buat persediaan, tetapi kalau ada pihak kurang senang kita minta maaf. Inilah antara cabaran dalam program lawak spontan,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran program siaran Astro Warna, Mega Spontan di sebuah hotel, baru-baru ini.



Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi dia berharap, selebriti yang menyertai rancangan komedi tersebut dapat memahami konsep dan tugasnya sebagai pengacara program terbabit.

“Kebiasaannya soalan saya hasilkan sendiri, namun dibantu dan disemak penulis program terbabit bagi mencantikkan lagi olahan biarpun kebanyakkannya kedengaran pelik.

“Itu memang tugas saya. Nampak mudah. Bukan senang untuk saya hasilkan soalan berbentuk hiburan tapi dalam masa sama dibenci pula ramai pihak,” kongsinya yang berperanan sebagai pengacara bersama, Sherry Alhadad program itu.

Musim kali ini menyaksikan tiga pelawak otai iaitu Sabri Yunus, Zizan Razak dan Douglas Lim serta pelakon, Kamal Adli diamanahkan menggalas tugas mentor, manakala Datuk Afdlin Shauki kembali sebagai Game Master.



Mega Spontan yang bersiaran mulai 19 Mei ini bakal menyaksikan 20 pemain terdiri daripada selebriti dan peminat dibahagikan kepada empat kumpulan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker