Kerjasama dengan Umno bukan ‘red line’ untuk DAP – Shahrir
Kerjasama dengan Umno bukan ‘red line’ untuk DAP – Shahrir
Veteran Umno Shahrir Samad memyindir apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini bukan ‘red line’ (batasan) bagi akar umbi DAP.
Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu membuat sindiran berkenaan selepas bekas ahli parlimen DAP Ong Kian Ming berkata ‘red line’ bagi pemimin dan akar umbi DAP adalah pembebasan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum hukuman penjaranya tamat.
“Ong hanya melihat kepada soal pengampunan Najib (Razak) sebagai ‘red line’ tapi begitu banyak ‘red line’ yang dicerobohi oleh kepimpinan kerajaan DAP selama 22 bulan.
“Sebab itu, Pakatan Harapan (PH) tak dapat cukup kerusi nak tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga kena dapat sokongan dari Umno dan GPS.
“Bersama dengan Umno dalam kerajaan bukan ‘red line’ bagi akar umbi DAP?” katanya dalam hantaran di Facebook.
Kelmarin Ong dilaporkan berkata, DAP perlu berkompromi selepas bekerjasama dengan parti berbeza dalam kerajaan perpaduan.
Namun, bekas ahli parlimen Bangi itu memberi peringatan bahawa ada batasan yang tidak boleh dilanggar kerajaan termasuklah pembebasan Najib.
“Saya rasa untuk akar umbi dan mungkin juga pemimpin DAP, ‘red line’ itu adalah pembebasan Bossku,” katanya merujuk kepada nama gelaran Najib.
Mengulas lanjut Shahrir berkata, sikap Ong, seperti mana adiknya, pemimpin Amanah Khalid Samad yang mendahului parti dalam mengeluarkan kenyataan.
“Siapa jurucakap DAP ni? Anthony Loke bagi kepimpinannya? Ong Kian Ming bagi akar umbi DAP?
“Lebih kurang macam PAN (Amanah) juga?
“Mohamad Sabu, Sallahudin Ayub bagi pihak kepimpinan PAN tapi Khaled Samad bagi akar umbi PAN?” katanya lagi.
Pada Mei tahun lalu, Ong mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon DAP dan berehat daripada politik barisan hadapan.
Sementara Shahrir mengumumkan persaraan dari politik awal tahun ini dan tidak akan mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Johor Bahru yang disandangnya sejak 1980-an. Mk
Kerjasama dengan Umno bukan ‘red line’ untuk DAP – Shahrir
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)
Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer