Arwah rebah ketika bersarapan – anak Ridzuan Hashim

Arwah rebah ketika bersarapan – anak Ridzuan Hashim

Anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial, 29, tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai pemergian bapanya.

Lebih membuatkan anak kedua arwah Ridzuan dan Didie Alias itu sedih apa mengulas mengenai hajat yang tidak kesampaian bapanya menghadiri majlis pernikahannya pada 20 Mei ini.



“Arwah sempat jumpa tunang saya, cuma tak sempat jumpa keluarga di sana. Semuanya sudah disiapkan termasuklah tiket penerbangan ke Tawau, Sabah dan pakaian.

“Benda sudah nak jadi, tak mengapalah arwah tengok dari jauh,” katanya.

Muhammad Dhanial yang ditemui di Masjid Al-Mustaqqin, Batu 16, di sini, tidak dapat berkongsi banyak kerana masih lagi bersedih.

Kata Muhammad Dhanial, dia pastinya akan merindui bebelan arwah terutama soal makanan.



“Arwah selalu membebel, jadi saya akan rindukan bebelannya terutama soal makanan kerana keluarga kami ada sejarah sakit jantung,” katanya.

Kongsi Muhammad Dhanial, arwah rebah ketika mereka bersarapan bersama di rumah.

“Arwah tengah sarapan, selepas dua atau tiga suap terus rebah.



“Dia selalu bangun tidur antara jam 7 hingga 8 pagi, jadi saya sudah siapkan makanan untuknya.

“Saya kejut awal, tetapi hari ini arwah tak larat bangun, selalunya dia bangun awal.

“Jujurnya, arwah memang sudah lama menghidap penyakit jantung, tetapi arwah simpan sebab tak mahu orang tahu dan takut tiada ‘job’,” katanya.

Dalam masa sama, Muhammad Dhanial turut berterima kasih kepada rakan dan saudara mara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.



“Terima kasih walaupun minit terakhir saya beritahu, ramai juga kawan-kawan datang. Saya terkejut bila tengok ramai yang datang untuk solat jenazah.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.



Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, selepas solat Maghrib. BH

Arwah rebah ketika bersarapan – anak Ridzuan Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker