Ebby Yus dedah arwah Ridzuan ada penyakit jantung

Ebby Yus dedah arwah Ridzuan ada penyakit jantung

Ebby Yus dedah arwah Ridzuan ada penyakit jantung

Pelawak Ebby Yus memaklumkan rakan baiknya Allahyarham Ridzuan Hashim mempunyai penyakit jantung.

Bagaimanapun, Ebby berkata arwah tidak berkongsi lanjut mengenai penyakitnya itu.



“Arwah ada berbual dengan saya dan bertanya mengenai masalah penyakit jantung saya dan bertanya apa yang saya lakukan, kira-kira awal tahun lalu.

“Saya beritahu pergi berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan alternatif. Saya juga ada tanya sama ada dia mahu mencuba rawatan atau tidak.

“Dari situ, barulah saya tahu arwah mempunyai masalah jantung. Namun, saya tiadalah bertanya banyak.


Baca Artikel Menarik:

Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak




“Ada juga rasa nak tanya perkembangannya, tetapi arwah mendiamkan diri.

“Mungkin arwah melakukan rawatan lain dan sudah okay, jadi saya pun mendiamkan diri sehingga hari ini saya dapat tahu arwah meninggal dunia,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang ini.

Kata Ebby, dia menerima khabar duka itu dari pengurusnya dan terus menghubungi sahabatnya, Didie Alias.



“Saya sebenarnya dapat tahu daripada pengurus, jadi saya terus menghubungi Didie dan mengesahkan memang jenazah arwah berada di HKL.

“Secara kebetulan di rumah saya di Kampung Baru, jadi saya terus ke sini,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

“Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya.” – Diyana Ridzuan




Kongsi Ebby, dia tidak pernah bekerjasama dengan arwah, namun mengenalinya sebagai seorang yang baik.

“Saya tak pernah bekerja dengan arwah, tetapi baik dengannya sebelum arwah bersama Didie lagi. Ini kerana abang saya bergelar model bersamanya.

“Saya mudah dengan berbual dengan arwah, boleh bergurau senda.

“Walaupun namanya terkenal dengan gelaran ‘King’, tetapi arwah tak ganas, orangnya cukup menyenangkan,” katanya.



 

Terdahulu, pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini. BH



Ayah janji mahu pergi majlis kahwin saya

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker