Bayi melecur tersiram kuah kacang panas
Bayi melecur tersiram kuah kacang panas
TANAH MERAH: Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan melecur selepas tersiram kuah kacang panas yang baru siap dimasak ibunya di Kampung Bukit Gading, di sini.
Nur Armel Belindha Irme dilapor melecur 10 peratus pada bahagian perut, paha, kaki dan sebahagian muka dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam Jumaat lalu.
Ibunya, Noor Amnie Syazwanie Azman, 26, berkata dia sedang menyiapkan kuah kacang yang baru siap dimasak untuk dibekalkan kepada seorang ahli keluarga.
“Kuah kacang yang masih panas itu saya masukkan ke dalam bekas dan diletakkan di atas meja. Anak datang menghampiri secara tiba-tiba dan terus mencapai bekas itu dan kuah kacang yang masih panas itu tersiram ke seluruh tubuhnya.
“Dia terus meraung dan dalam keadaan panik, saya mendukungnya ke bilik mandi untuk membersihkan kotoran itu sebelum bergegas ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Noor Amnie berkata, dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah, sekitar tubuh anak bongsu daripada dua beradik itu sudah kemerah-merahan dan ada yang menggelembung dan bayinya tidak henti-henti menangis kesakitan.
“Dia dirawat di zon kecemasan beberapa jam sebelum dipindahkan ke wad biasa. Doktor memberitahu anak saya melecur 10 peratus dan lukanya perlu dibalut bagi mengelakkan jangkitan kuman.
“Setiap hari luka Armel perlu dicuci dan setiap kali itulah saya tidak sanggup melihatnya meraung kesakitan.
“Setakat ini, kami tidak dimaklumkan bila dia dibenarkan pulang. Apa yang penting sekarang adalah anak sembuh dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat orang lain,” katanya. BH
Bayi melecur tersiram kuah kacang panas
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof
You must be logged in to post a comment.