Samun bersenjata, lelaki positif dadah diberkas

Samun bersenjata, lelaki positif dadah diberkas

Seorang lelaki berusia 32 tahun yang melakukan samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Alor Setar pagi tadi berjaya diberkas.

Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihak berkuasa berjaya mengesan wajah dan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Katanya, polis turut merampas sebilah pisau, sebuah motosikal, dan pakaian digunakan suspek ketika melakukan samun.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai tiga rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Shukri ketika mengulas lanjut berkata suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Langgar, 3.30 petang tadi.



Katanya, dalam kejadian 6.53 pagi tadi, suspek mengeluarkan sebilah pisau lalu mengarahkan seorang pekerja wanita menyerahkan wang, dan sekiranya enggan dia akan melarikan telefon bimbit milik wanita itu.

“Mangsa yang takut diapa-apakan bertindak menyerahkan wang RM1,000 yang berada dalam mesin wang lalu suspek beredar dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya menurut Astro Awani.

Samun bersenjata, lelaki positif dadah diberkas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker