Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang ‘pump gun’

Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang ‘pump gun’

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis “pump gun” ketika bermain dengan rakannya di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan, Keningau, pada Isnin.

Ketua Polis Keningau, Rafidah Kasim, berkata mangsa berusia tujuh tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.



“Kes dikesan ketika polis menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis ‘pump gun’ oleh rakan yang bermain bersamanya,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, susulan itu, polis menahan tujuh individu dan merampas selaras senjata api buatan sendiri jenis pump gun untuk siasatan lanjut.



“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang ‘pump gun’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker