Bayi lelaki dibuang digigit serangga

Bayi lelaki dibuang digigit serangga

KUANTAN: Bayi lelaki masih bertali pusat dengan kesan gigitan serangga, ditemukan di atas papan kayu berhampiran pagar sebuah kilang makanan laut di Kampung Peramu, di sini hari ini.

Bayi yang dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemukan oleh seorang wanita berusia 52 tahun, kira-kira jam 12.10 tengah hari.



Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata selain beberapa gigitan serangga, bayi itu dilaporkan stabil dan dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afan (HTAA) untuk pemerhatian.

Katanya, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi baharu lahir yang masih hidup berhampiran kilang makanan laut itu.

“Seorang wanita berusia 52 tahun yang menemui bayi itu mendakwa mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 7.30 pagi, tetapi tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan tangisan itu dari rumah jirannya.

“Namun, jam 11.30 pagi, wanita itu masih mendengar suara tangisan dan mencari suara berkenaan sebelum menemui seorang bayi lelaki berhampiran pagar kilang makanan laut, diletakkan di atas kayu.



“Ketika ditemukan, bayi itu dalam keadaan berdarah serta masih mempunyai tali pusat. Terdapat juga kerengga menggigit badan bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita berkenaan kemudian meminta bantuan rakannya yang bekerja di kilang makanan laut itu untuk memaklumkan kepada polis.

Sementara itu, Wan Zahari berkata, polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari kilang itu, tetapi tiada satu pun melitupi kawasan di mana bayi itu ditemukan.

“Bayi itu dipercayai dilahirkan di lokasi lain sebelum suspek cuba menyembunyikannya dengan meninggalkannya berhampiran kilang. Pemeriksaan pasukan perubatan mendapati bayi itu dilahirkan kurang tiga jam sebelum dia diselamatkan.



“Pasukan polis sedang mengumpul maklumat dengan mengunjungi klinik swasta di sini untuk mengesan suspek. Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan. BH

Bayi lelaki dibuang digigit serangga

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker