Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
Nor Alia Farhana Mat Zaid berjaya ditemui namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
BANDAR PERMAISURI: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama keluarganya di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, tengah hari tadi.
Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19, lemas selepas tergelincir dan tenggelam ketika mandi bersama lima sepupu perempuan dengan ditemani bapa saudara mereka.
Ketua Polis Setiu, Affandi Hussin, berkata mangsa yang berasal dari Seri Bandi, Kemaman berjaya dibawa naik ke darat oleh bapa saudaranya dengan bantuan ahli keluarga lain.
Beliau berkata, ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi polis untuk bantuan dan Nor Alia Farhana disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 1.55 tengah hari.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya. Polis ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi di kawasan air atau di mana sahaja,” katanya. FMT
Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
Baca Artikel Menarik:
- Culik lelaki depan hotel, 3 lagi suspek ditahan
- Bakal pengantin berbogel di tengah jalan raya
- Baru pulang umrah pakai gaun nampak paha
- Mahathir puji kecanggihan dan perkhidmatan MRT
- Ira Kazar Beraya Di Rumah Mentua?
- ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)
- Apa Bung buat dengan Zizie?
- Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)
- Khairul Aming dah berpunya? (Video)
- Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari
- Isu skandal seks Exco Melaka, ini pendirian dan komen Ketua Menteri
- Mahkamah perlu ‘blacklist’ scammer, Aaron Aziz maksudkan siapa?
- Enot buntu cari RM18,000 bedah lutut
- Penyondol boleh bau duit – Ahmoi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta
You must be logged in to post a comment.