Boy Iman dituduh tipu urusan penjualan tapak Hooray X Fest Raya

Boy Iman dituduh tipu urusan penjualan tapak Hooray X Fest Raya

Pelakon dan penerbit, Boy Iman dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu.

Bagaimanapun, Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43; Norazah Sahud, 51; Norzana Rapie, 51; dan Nor Azmi Jantan, 49; mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh terbabit didakwa menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di WTC pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noraisyah Mohamed Zanyuin menawarkan jaminan RM5,000 kepada setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Syakir Mohamad Fawzi yang mewakili Boy Iman dan Nor Azmi memohon jumlah dikurangkan kerana kedua-dua anak guamnya menanggung keluarga.

Peguam Ernest Azad yang mewakili dua lagi tertuduh turut memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin terhadap anak guamnya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Noorelynna kemudian membenarkan semua tertuduh masing-masing dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau menetapkan sebutan kes pada 13 Jun ini bagi serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan karnival jualan sempena Aidilfitri itu yang sepatutnya bermula Selasa lalu di WTC dibatalkan di saat akhir akibat penaja utama menarik diri.

Sementara itu, Noraisyah memaklumkan seorang lagi individu yang juga pengarah syarikat tidak dapat didakwa hari ini bersama semua tertuduh kerana dimasukkan ke hospital sejak semalam. BH

Boy Iman dituduh tipu urusan penjualan tapak Hooray X Fest Raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker