Lelaki mengamuk mat rempit buat bising hari raya

Lelaki mengamuk mat rempit buat bising hari raya

KEMAMAN – Gara-gara berang mat rempit membuat bising pada petang hari raya pertama, seorang lelaki telah berang lalu turun ke jalan raya menghalau golongan tersebut di Geliga di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, lelaki yang merupakan penduduk tempatan itu turut dilihat memegang dua batang kayu.



Tindakan dia menyebabkan sebahagian mat rempit yang rata-ratanya masih memakai baju Melayu berkenaan segera memecut motosikal mereka untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan berhampiran Geliga.

“Kertas siasatan telah dibuka berikutan penularan klip video tersebut yang berdurasi 26 saat di media sosial sejak petang semalam.

“Kita juga sedang mengesan semua pihak terlibat dalam kejadian tersebut bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.



Dalam perkembangan sama, Hanyan menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. K Online

Lelaki mengamuk mat rempit buat bising hari raya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker