Tolonglah, mak ayah dah tunggu ni

Tolonglah, mak ayah dah tunggu ni

Seorang lelaki seperti sengaja menempah maut apabila mengubahsuai motosikal Yamaha Y15ZR miliknya secara ekstrem dengan membuang brek belakang kenderaannya itu.

Lelaki berusia 20 tahun itu adalah antara 409 penunggang motosikal yang diberikan notis saman dalam Operasi Khas Motosikal sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 di laluan motosikal Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), di sini, hari ini.



Ketika ditahan lelaki yang membawa beg sandang pakaian itu merayu kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas untuk memberinya pelepasan disebabkan dalam perjalanan pulang untuk beraya bersama kedua-dua orang tuanya di Pasir Puteh, Kelantan.

Dia yang bekerja kilang dan tinggal di Seksyen 27 Shah Alam berkata, motosikal itu sahaja mediumnya untuk balik ke kampung kerana semua tiket pengangkutan awam sudah habis.

“Mak ayah dah tunggu ni… saya bergerak untuk balik kampung selepas habis waktu kerja 3 petang tadi. Sebelum ini motosikal saya memang ada brek belakang,” katanya.

Selain kesalahan itu, motosikalnya milik lelaki itu juga tidak mempunyai cermin pandang sisi kanan dan kiri.



Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli yang mengetuai operasi bersepadu itu berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan saman dan menahan motosikal lelaki itu kerana ia amat merbahaya untuk ditunggang.

Katanya, operasi bersepadu hari ini membabitkan kekuatan 87 anggota iaitu iaitu JPJ (57), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (4), Agensi Antidadah Kebangsaan (10) dan Jabatan Imigresen Malaysia (16).

“Sebanyak 409 notis saman sudah dikeluarkan dalam operasi bermula 4.30 petang dan berakhir 6.45 petang.

“Sementara itu sebanyak 18 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.



“Seramai 12 warga asing juga ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan menunggang motosikal. Pihak imigresen akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas warga asing yang ditahan itu,” katanya ketika ditemui media dalam operasi itu di sini.

Beliau berkata, Operasi Khas Motosikal bertemakan Pandu Cermat Selamat Sampai Ke Destinasi itu sudah bermula sejak 18 April lalu dan akan berakhir 27 April ini.

Aedy Fadly berkata, pihaknya menetapkan empat teras utama iaitu pendidikan dan advokasi, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan serta penilaian dilaksanakan sepanjang kempen menerusi operasi itu yang membabitkan lebih 2,000 anggotanya di seluruh negara.

“Kemalangan maut membabitkan motosikal sepanjang Ops Selamat pada tahun 2019 mencatatkan 68.75 peratus daripada keseluruhan kematian manakala data Ops Selamat pada tahun 2022 mencatatkan 65.06 peratus dari angka korban keseluruhan.



“Sebagai langkah pencegahan, kita akan tumpukan lebih kepada motosikal selain melakukan pemeriksaan kepada kenderaan lain,” katanya. HM

Tolonglah, mak ayah dah tunggu ni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker