Dewan kecoh lepas Shahidan dakwa MP Tebrau sokong Israel

Dewan kecoh lepas Shahidan dakwa MP Tebrau sokong Israel

Suasana Dewan Rakyat pagi tadi kecoh selepas Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) sebagai menyokong Israel.

Kata Shahidan dia mahu parlimen membuat pendirian yang jelas mengenai isu krisis yang sedang berlangsung di Gaza itu.



“Contohnya Tebrau (Puah) membuat pandangan sokong Israel. Apakah (dia) seorang sahaja menyokong Israel?

“Saya minta kerajaan bawa usul nyatakan pendirian kita tentang pembunuhan yang dilakukan Israel ini,” katanya.

Dakwa Shahidan, pendirian dibuat Puah itu sudah “tular”. Bagaimanapun Shahidan tidak memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Kenyataan dibuat Shahidan itu mendorong Puah bangkit dan menafikan kenyataan bekas menteri besar Perlis berkenaan.



Dia yang juga ahli parlimen mewakili PH mendesak Shahidan agar menarik balik tuduhan yang dilemparkan.

Timbalan Speaker Alice Lau kemudian meminta Shahidan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya ke atas Puah.

Shahidan kemudian mendakwa dia tidak menuduh Puah memberikan sokongan kepada Israel dan gembira juga kenyataan dibuatnya itu tidak benar.

“Dia telah diviralkan sokong Israel, jadi dia tarik baliklah. Kalau tak betul, baguslah, alhamdulillah.



“Bukan kita menuduh, saya bukan perangai macam you all (kamu semua), tuduh orang tak berhenti.

“Tapi kerajaan sendiri kena keluarkan pendirian,” katanya lagi.

Pertikaian itu menyebabkan keadaan dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila beberapa ahli parlimen di blok kerajaan terus mendesak Shahidan menarik balik dakwaannya itu jika tidak mempunyai bukti.

Antara yang kedengaran bersuara ialah Syahredzan Johan (PH-Bangi) ialah Awang Hashim (PN-Pendang).



Shahidan akhirnya menarik balik kenyataan itu selepas diarahkan Lau. Mk

Dewan kecoh lepas Shahidan dakwa MP Tebrau sokong Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker