264 maut dalam kemalangan jalan raya ketika cuti Songkran
264 maut dalam kemalangan jalan raya ketika cuti Songkran
Bangkok: Seramai 264 maut dalam 2,203 kemalangan jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran, dari 11 hingga 17 April.
Timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri Chotenarin Kerdsom berkata tahun ini, seramai 2,208 orang cedera dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tujuh hari tersebut.
“Bangkok mencatatkan jumlah kematian tertinggi, dengan 22 orang terkorban manakala kecederaan paling banyak dilaporkan di Nakhon Si Thammarat, iaitu seramai 70 orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Chotenarin berkata sepanjang kempen tujuh hari itu, pihak berkuasa telah mewujudkan 1,869 pusat pemeriksaan di seluruh negara.
“Dalam operasi itu, 279,873 kenderaan diperiksa dan 39,611 pesalah trafik ditahan termasuk 11,013 didapati memandu tanpa lesen manakala 10,530 menunggang tanpa topi keledar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Boontham Lertsukhikasemsuk berkata memandu melebihi had laju dan mabuk adalah punca utama kemalangan jalan raya semasa Songkran.
“Majoriti kematian dan kecederaan berpunca daripada individu yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,” katanya. HM
264 maut dalam kemalangan jalan raya ketika cuti Songkran
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
- Muda tidak beri “nilai tambah” kepada PH – Pemuda PKR
- Cuti umum tambahan perayaan Aidifitri
- Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
- Bekas staf dedah Mira suka ‘racun’ bos, View Chin pula suka sembang lucah
- Ah Moi dakwa View Chin merayu nak berbaik semula
- Remaja trauma diliwat pelajar senior
- Pukul, campak tukang cuci ke sungai
- ‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal
- Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
You must be logged in to post a comment.