Abouk terkejut aset Hakimi dimiliki ibunya

Abouk terkejut aset Hakimi dimiliki ibunya

PARIS: Hiba Abouk, bekas isteri kepada pemain bola sepak Maghribi dan Paris Saint-Germain, Achraf Hakimi, menjadi tumpuan selepas menuntut separuh daripada harta bekas suaminya.

Namun Hakimi, yang dianggarkan bernilai AS$24 juta (RM106.1 juta), memberikan 80 peratus daripada gajinya di PSG kepada ibunya.



Abouk, 36, terkejut apabila mengetahui kesemua aset milik Hakimi berada di bawah nama ibu pemain pertahanan itu.

Mereka berkahwin pada tahun 2020 serta mempunyai dua orang anak, Amin dan Naim, dan Abouk tidak pernah mempertahankan Hakimi ketika dia didakwa dengan serangan seksual.

Hakimi mendakwa dia tidak bersalah dan wanita itu cuba mendapatkan wangnya.

Memandangkan Hakimi tidak mempunyai sebarang aset di bawah namanya, pengguna media sosial mula mempersoalkan adakah dia akan mendapat sebahagian daripada harta isterinya.



Abouk dianggarkan mempunyai nilai kekayaan AS$2 juta (RM8.8 juta) hasil kariernya sebagai pelakon.

Bagaimanapun Hakimi sudah pasti tidak akan menyentuh harta ibu kepada anak-anaknya.

Abouk yang berusia 12 tahun lebih tua daripada Hakimi, dikecam dalam isu perceraian berkenaan, manakala pemain bola sepak itu dipuji kerana bertindak bijak dengan mengutamakan ibunya.

Namun dari sisi Abouk pula, wanita mana yang boleh menerima kecurangan suami dan pada masa sama disiasat berkenaan dakwaan rogol. AGENSI



Abouk terkejut aset Hakimi dimiliki ibunya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson



Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker