Sega tawar RM3.4 bilion beli pencipta Angry Birds

Sega tawar RM3.4 bilion beli pencipta Angry Birds

Syarikat Jepun, Sega Sammy Holdings Inc bersetuju untuk mengemukakan tawaran untuk firma Finland, Rovio Entertainment yang mencipta permainan mudah alih Angry Birds pada harga 706 juta euro (RM3.4 bilion), kata kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Sega yang berpangkalan di Tokyo akan menawarkan 9.25 euro sesaham bagi Rovio, premium 19 peratus berbanding harga penutup Jumaat lalu pada 7.775 euro.



Rovio, yang sedang melaksanakan kajian strategik, Sabtu lalu berkata ia sedang berunding dengan Sega mengenai kemungkinan tawaran tender.

The Wall Street Journal pada Jumaat lalu melaporkan bahawa satu urus niaga antara kedua-dua syarikat akan dimeterai.

Syarikat Israel, Playtika telah mengemukakan bidaan awal pada Januari untuk membeli Rovio pada harga 683 juta euro, namun pencipta Angry Birds itu bulan lalu mengesahkan bahawa rundingan telah ditamatkan. Reuters

Sega tawar RM3.4 bilion beli pencipta Angry Birds



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson



Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker