Lapan lelaki ditangkap bergaduh di bistro [VIDEO]

 

Pergaduhan di sebuah bistro di Bintang Megamall, Miri yang membawa penangkapan lapan lelaki tempatan

Lapan orang lelaki tempatan ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah bistro di Bintang Megamall, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata tangkapan ke atas semua suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun itu dibuat selepas menerima laporan mengenai pergaduhan berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 12.30 malam semalam.

“Punca pergaduhan adalah disebabkan mabuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Alexson berkata kesemua suspek telah direman pada hari ini untuk siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera serta dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, Alexson berkata pihaknya amat menghargai segala maklumat dan perkongsian yang diberikan oleh masyarakat namun menasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu sensitif di media sosial kerana ia boleh menimbulkan kerisauan kepada masyarakat.

Katanya mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi Inspektor Nor Sharilazuwan Mohammad di talian 085-433730. -KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker