Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak

Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang nelayan tempatan, Wong Pak Wei, 30, yang dilaporkan hilang Isnin lalu, susulan bot dinaikinya karam berdekatan Tanjung Jerijeh, kira-kira 477km ke utara dari sini, pagi tadi.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak Numpang, berkata Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan daripada bapa Wong kira-kira 8.55 malam semalam mengenai penemuan objek disyaki mayat mangsa di ruang “wheelhouse” bot yang karam itu semasa melakukan kerja pengapungan bot.



“Bapa mangsa turut memaklumkan keperluan untuk melakukan kerja selaman bagi membawa keluar mayat berkenaan yang terperangkap dalam bot tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat hanya dapat digerakkan pagi tadi susulan faktor cuaca dan jarak penglihatan terhad pada waktu malam di lokasi kejadian.

“Sekitar 9.25 pagi tadi, pasukan penyelamat bersama anggota penyelam tiba di lokasi dan mendapati mayat tersebut terapung di permukaan air. Berdasarkan pengecaman awal oleh waris, ia adalah mayat mangsa, Wong Pak Wei,” katanya.

Menurut Gilbert, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari serta menyelamat ditamatkan pada 12.15 tengah hari tadi.



Pada Rabu, media melaporkan Wong hilang kira-kira 6.30 petang Isnin dan mangsa dikatakan menaiki bot itu bersama lima kru lain termasuk dua rakyat Indonesia dan seorang Myanmar. FMT

Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker