Menteri Agama umum Syed Hamadah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Tabung Haji berkuatkuasa esok

Syed Hamadah Syed Othman sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mengalu-alukan pelantikan Syed Hamadah Syed Othman sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu seperti yang diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Pelantikan Syed Hamadah yang berkuat kuasa pada 6 Mei 2023 adalah bagi menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang telah melengkapkan penggal perkhidmatan dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, CEO dan Ahli Lembaga TH pada 5 Mei lalu.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, beliau yakin dengan kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Syed Hamadah.

“Beliau akan dapat meneruskan usaha memperkukuhkan TH dari segi tadbir urus dan operasi ke tahap yang lebih cemerlang dan membanggakan di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, ahli lembaga dan pengurusan kanan TH menzahirkan penghargaan kepada Amrin atas komitmen serta usaha beliau selama ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau mengatur strategi bagi mencapai aspirasi Hijrah 24 dalam melonjakkan aktiviti pengurusan haji, operasi cawangan dan pelaburan supaya TH terus kekal berdaya saing, mampan serta berwibawa selari dengan arus semasa dalam aspek pengukuhan struktur tadbir urus korporat dan inisiatif digitalisasi,”katanya.

Terdahulu, Syed Hamadah mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dan beliau merupakan pengarah serta rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn. Bhd.

Beliau juga mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dan pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.

Sebelum ini, Syed Hamadah merupakan CEO Kumpulan Wang Persaraan dari 2018 hingga 2020, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus dan melabur dana pencen kerajaan untuk faedah jangka panjang pesara kerajaan.

Beliau juga merupakan felo di Fakulti Aktuari dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia selain mempunyai Ijazah Kepujian dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Heriot Watt University, Edinburgh pada 1994

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker