Nazir Razak pengerusi baharu PLS Plantations

Datuk Seri Nazir Razak

KUALA LUMPUR: PLS Plantations Bhd (PLS), anak syarikat milik 73.08 peratus Ekovest Bhd (Ekovest) berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari 2021.

Seorang lagi bekas Pegawai Kanan CIMB, Tan Hong Kheng juga akan sertai PLS sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada tarikh yang sama.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PLS berkata perubahan pada ahli lembaga itu adalah susulan daripada peletakan jawatan Hisham Mahmood sebagai Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas pada 29 Januari, 2021 dan peletakan jawatan Datuk Lim Kang Poh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 21 Januari, 2021.

“Selepas pelantikan Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi ketika ini, Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo akan dilantik semula sebagai Naib Pengerusi Eksekutif PLS. Tan Sri Lim juga adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ekovest,” katanya.

Mohamed Nazir adalah pelabur strategik di PLS dan kini menjadi Pengasas dan rakan kongsi bersama Ikhlas Capital Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat ekuiti swasta ASEAN yang berpusat di Singapura.

Dilabel sebagai adik Najib bukan beban, kata Nazir

Beliau bersara sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd pada Oktober, 2018 selepas bekerja selama 29 tahun bersama kumpulan perbankan ASEAN itu.

Sementara itu, Tan Hong Kheng adalah Ketua Pegawai Operasi Taylor’s Schools dan jawatan beliau sebelum ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tune Group dan Penasihat Am Kumpulan CIMB.

Mohamed Nazir berkata, beliau berharap dapat memberikan bimbingan dan pandangan ketika PLS melangkah ke hadapan untuk memperluaskan ladang durian dan perniagaan hilirannya serta mempelbagaikan perniagannya dalam bidang pertanian yang lain.

“Untuk memperkukuhkan kedudukan saya dengan masa depan PLS, selain mengambil bahagian dalam penempatan saham oleh syarikat ini, baru-baru ini, saya juga memperoleh pilihan untuk membeli waran sedia ada di PLS yang apabila dilaksanakan, membolehkan saya meningkatkan pegangan saham di PLS daripada 4.75 peratus pada masa ini kepada 9.9 peratus berdasarkan modal sahamnya sekarang,” katanya.

Pada 22 Januari 2021, PLS mengumumkan tawaran jualan saham menerusi penempatan swasta sehingga 10 peratus daripada jumlah saham syarikat yang diterbitkan.

Mohamed Nazir melanggan 19 juta saham PLS pada harga 95 sen sesaham pelaksanaan penempatan swasta tersebut, manakala 10.0 juta saham PLS dilanggan oleh Tiong Nam Logistics Holdings Bhd pada harga RM1.01 bagi setiap saham PLS. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker