Dilabel sebagai adik Najib bukan beban, kata Nazir

PETALING JAYA: Nazir Razak, seorang taikun hartanah dan beks pengerusi Kumpulan CIMB berkata, beliau tidak terbeban kerana merupakan adik bekas perdana menteri Najib Razak.

Dalam temu bual dengan akhbar Sin Chew Daily, Nazir juga mengakui kerap dirujuk sebagai anak bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein, tetapi berkata, beliau tidak terbeban dengan label itu kerana tanggapan awal tidak terlalu penting.

Sebaliknya kata Nazir, beliau mahu mengubah tanggapan orang lain mengenai dirinya melalui perbuatan atau kata-kata.

“Anda hanya boleh bertindak mengikut keadaan. Tanggapan pertama tidak kekal dalam hidup anda. Bagi saya, ‘tanggapan kedua’ lebih penting,” katanya seperti dilaporkan.

Nazir sebelum ini turut terkait dengan skandal 1MDB berikutan laporan bahawa wang daripada dana pelaburan kerajaan itu dipindahkan ke akaun miliknya.

Beliau mengambil cuti sukarela daripada kedudukannya di CIMB pada April 2016 bagi membolehkan lembaga pengarah bank dan Kumpulan CIMB menjalankan semakan penuh ke atas peristiwa yang berlaku.

Dengan bantuan firma audit luar Ernst & Young dan sebuah firma guaman, semakan itu memutuskan Nazir tidak menyalahgunakan sumber bank dan beliau dijemput semula ke dalam lembaga pengarah bank berkenaan.

Nazir bagaimanapun melepaskan jawatannya sebagai pengerusi CIMB pada penghujung 2018, tidak lama sebelum tempoh jawatannya itu dijadual tamat pada Ogos tahun lepas.

Tahun lepas Nazir mengesahkan bahawa Najib memindahkan sejumlah RM25.7 juta ke akaun miliknya pada 2013.

Beliau berkata, wang itu kemudiannya diagihkan secara tunai kepada wakil Najib dipercayai untuk tujuan kempen pilihan raya.

Katanya, beliau bertindak atas sangkaan baik dengan memenuhi permintaan abangnya semasa kempen pilihan raya umum ke-13.-FMT

https://mykmu.net/2017/05/28/konon-terbeban-kos-sara-hidup-tapi-bazar-ramadhan-sesak-juga/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker