Tarikh gambar lucah diperoleh daripada telefon Firdaus Wong wujud keraguan


Tarikh gambar lucah diperoleh daripada telefon Firdaus Wong wujud keraguan

TENOM: Pihak pembelaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew menimbulkan keraguan mengenai tarikh gambar lucah yang diperoleh daripada telefon bimbit saksi ketiga, Firdaus Wong Wai Hung.

Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video PDRM, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz,43, memberitahu mahkamah bahawa beliau bersetuju bahawa tarikh tiga gambar lucah yang diekstrak daripada telefon bimbit, Iphone XS Max (milik Firdaus Womg) tidak selari dengan tarikh pertuduhan terhadap tertuduh.

Berdasarkan analisis data, tiga gambar itu dicipta pada 2 Januari 1980 namun, pertuduhan terhadap Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, pula adalah antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.



Malah, saksi juga bersetuju dengan soalan peguam mewakili Ebit, Ram Sing bahawa dalam laporan analisis yang dihasilkan, saksi tidak menjelaskan kenapa gambar itu dicipta pada tarikh 2 Januari 1980.

Walau bagaimanapun, saksi memaklumkan beliau telah memberitahu kepada mahkamah bahawa tarikh yang tertera adalah default date daripada tetapan kilang.

“Namun, saya percaya gambar tersebut bukan dicipta pada default date,” katanya semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret hari ini.

Daripada 118,032 gambar dalam telefon Iphone XS Max, sebanyak lapan gambar berkaitan kes ini telah dikeluarkan untuk dianalisis.



Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa beliau bersetuju bahawa kesemua lapan gambar daripada Iphone XS Max itu diektrak dari dalam kumpulan sembang Whatsapp.

Namun, Latifah tidak dapat memastikan sumber gambar tersebut kerana daripada ‘path’ gambar yang dianalisis, beliau tidak pasti sama ada gambar itu dimajukan daripada sumber lain dan bukannya berasal daripada dalam telefon berkenaan.

Jelas beliau, pegawai penyiasat juga tidak memberi arahan kepadanya untuk menganalisis dan mengenal pasti sumber lapan gambar tersebut. Tapi, sekiranya diberi arahan sekali pun, beliau tidak dapat mengenal pastis umber gambar berkenaan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.



Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Nor Azizah Mohamad manakala, Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. Utusan

Tarikh gambar lucah diperoleh daripada telefon Firdaus Wong wujud keraguan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker