Covid-19: 22,491 kes baru, 65 kematian

Sebanyak 22,491 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti wabak itu di negara ini bertambah kepada 4,054,926.

Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 248,864, menurun 20.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:



Selangor: 10,240
WP Kuala Lumpur: 1,991
Pulau Pinang: 1,299
Sarawak: 1,252
Kedah: 1,240
Perak: 1,213
Negeri Sembilan: 1,116
Johor: 1,031
Pahang: 892
Melaka: 573
Kelantan: 516
Terengganu: 492
Sabah: 388
Perlis: 106
WP Labuan: 73
WP Putrajaya: 69

Sementara itu KKM juga merekodkan sebanyak 65 lagi kematian dilaporkan semalam, dengan 15 kes meninggal dunia ketika dibawa kemudahan kesihatan (BID).

Sejak minggu lepas, purata 71.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 73.7, yang menunjukkan pola menurun.

Sebanyak 1,851 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 sepanjang bulan ini, manakala terdapat 771 laporan kematian bulan lepas dan 491 pada Jan.



Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,600 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Berikut merupakan pecahan kematian mengikut negeri: Selangor (12), Perak (11), Johor (10), Melaka (5), Pahang (5), Kedah (4), Negeri Sembilan (3), Sabah (3), Sarawak (3), W.P. Kuala Lumpur (3), Pulau Pinang (2), Kelantan (1), Perlis (1), Terengganu (1), WP Labuan (1).

Sebanyak 6,051 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital termasuk 332 sedang diberikan rawatan rapi.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker