Pengasuh taska tampar budak dua tahun didenda RM7,000

Pengasuh taska tampar budak dua tahun didenda RM7,000

Kuala Lumpur: Akibat menampar seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sehingga cedera, seorang pengasuh taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tertuduh, Azlinawaty Julaihi, 41, yang juga pengusaha taska selepas wanita itu mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.



Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjarakan lima bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata mahkamah perlu menjatuhkan satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain di luar, agar tidak melakukan kesalahan sama.

“Kebelakangan ini, banyak kes penderaan dilaporkan berlaku. Maka, mahkamah harus menjatuhkan satu hukuman pengajaran kepada tertuduh dan juga pengasuh yang lain di luar agar tidak melakukan kesalahan yang sama,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Azlinawaty didakwa sebagai pengasuh kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga mengakibatkan budak itu mengalami kecederaan bengkak kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi.



Kesalahan itu dilakukan di sebuah taska di Sentul pada 15 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Semasa rayuan, wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan kesal dengan perbuatannya.

“Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya sambil sebak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun.



“Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska kerana mencari rezeki di luar dan anak-anak ini adalah amanah kepada tertuduh untuk dijaga dengan baik,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, tulang pipi merah dan bengkak di atas bibir selepas mengambil mangsa dari taska tersebut.

Pengadu kemudian telah bertanya kepada tertuduh dan dia memaklumkan mangsa terhantuk dengan anak asuhan lain ketika bermain.

Namun akhirnya tertuduh mengaku dia menampar mangsa dan hasil siasatan polis mendapati, tertuduh telah menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa mengeluarkan semula makanan yang disuap. K Online



Pengasuh taska tampar budak dua tahun didenda RM7,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker