Rintihan hati Ali Puteh
'Tak buat jenayah, pelik hingga kerjaya terjejas'
Rintihan hati Ali Puteh
Pelawak Ali Puteh tidak menafikan mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar itu memandangkan dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menggunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah secara pukal.
“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.
“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.
“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.
Baca Artikel Menarik:
- Anak mengaku salah kelar ibu, adik
- Sup kaki ayam zombie bazar Ramadhan
- Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bidaah Baca Bismillah 787 Kali – Ustaz Syihabudin
Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga dalam rumah tangga
Ali ketika ditemui di rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, di sini, semalam, berkata proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.
Sementara itu, berkenaan mengenai rumah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkan kepada Hidayah kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.
Justeru kata Ali, pihaknya akan membayar saman untuk mengelakkan rumah itu dari disita.
“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.
“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.
“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” katanya. HM
Rintihan hati Ali Puteh
Baca Artikel Menarik:
Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
- Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu
- Yusof Haslam bersama bapa Sarah
- Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
- Mana Syamsul, tanya netizen
- Penduduk sabotaj kamera trafik ‘cekik darah’
- Reen Rahim akhirnya bangun sahur
- 4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor
- Along hina Islam, ugut peminjam
- Peniaga sembunyi lauk dalam tandas, nasi bungkus dalam mesin basuh
- Dakwaan bolot kekayaan negara, Mahathir melenting dengan Anwar!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana
Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil