SPRM nafi 2 pegawai kanan dalang isu rasuah babit syarikat korporat

SPRM berkata, kedua-dua pegawai tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan tersebut.

SPRM nafi 2 pegawai kanan dalang isu rasuah babit syarikat korporat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan yang mendakwa dua pegawai kanan suruhanjaya itu adalah dalang dalam isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan syarikat-syarikat korporat.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pegawai tersebut dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan yang dibuat oleh sebuah blog dengan identiti palsu itu.

“SPRM yakin perkara tersebut merupakan tohmahan liar serta tidak bertanggungjawab yang sengaja dilemparkan kepada pegawai SPRM bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap suruhanjaya ini.

“Bagaimanapun, sekiranya wujudnya bukti, pihak berkaitan harus tampil membuat aduan atau laporan kepada pihak penguatkuasa dan bukan membuat tohmahan menerusi media sosial yang berselindung di sebalik identiti palsu,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan oleh mana-mana pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kes-kes rasuah dan penyelewengan yang sedang giat disiasat ketika ini dengan pelbagai tohmahan yang sengaja direka-reka.

Katanya, SPRM tidak membuka kertas siasatan sewenang-wenangnya tanpa bukti dan fakta, sebaliknya setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) berlandaskan peruntukan undang-undang serta dipantau lima badan pemantau bebas.

“Mengikut prinsip pengasingan kuasa, Pejabat Peguam Negara berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan hanya kes-kes yang mempunyai bukti dan fakta kukuh diberikan izin untuk mendakwa mengikut budi bicaranya,” katanya.

Edisi Siasat sebelum ini mendakwa seorang ahli perniagaan membuat laporan di IPD Putrajaya mendakwa dia diperas ugut oleh dua pegawai SPRM. FMT

SPRM nafi 2 pegawai kanan dalang isu rasuah babit syarikat korporat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker