Anak mengaku salah kelar ibu, adik

Muhammad Hidayat Abu Samad mengaku bersalah mengelar ibu dan adik perempuan kandungnya menggunakan pisau pemotong daging.

Anak mengaku salah kelar ibu, adik

MELAKA: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging.

Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad 11, menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka Tengah pada 10 malam, 10 Mac lepas.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon Hidayat, yang tidak diwakili peguam, menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 19 April untuk sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri. FMT

Anak mengaku salah kelar ibu, adik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker