Ibu M. Nasir meninggal dunia

 

SHAH ALAM – Ibu kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang tadi akibat sakit tua.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi hantaran di laman sosial Instagram.

“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya.

Berita kematian itu turut mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya Alif Satar, Nad Zainal dan Elly Mazlein.

Pemergian ibunya itu tidak sampai tiga tahun selepas bapanya, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun juga disebabkan sakit tua.

Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk hadir ke pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker