Haram jual makanan hangit, rosak atau basi – Mufti Pulau Pinang

Peniaga yang menjual makanan tak elok, bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli malah ia termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

Haram jual makanan hangit, rosak atau basi – Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan bahawa hukum seseorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi adalah haram.

Ia susulan perkongsian orang ramai di media sosial yang mendakwa makanan dibeli mereka di beberapa bazar Ramadan hangit, basi serta tidak sepadan dengan harga.

Wan Salim berkata, peniaga yang menjual makanan sedemikian bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli malah ia termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

“Terdapat juga hadis yang bermaksud sesiapa yang menipu barang-barang jualannya maka dia bukan umat kami.

“Jadi saya menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai terutama makanan bagi dimakan ketika berbuka puasa.

“Selain itu, bulan Ramadan adalah peluang keemasan bagi peniaga mencari pahala daripada Allah SWT,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, Islam adalah agama rahmat yang membawa misi kasih sayang dan menyeru kepada persaudaraan antara umat Islam serta sesama manusia.

Malah katanya, dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah bersabda yang bermaksud ‘Allah SWT merahmati seseorang yang bertolak ansur dalam jual beli’.

“Sikap sedemikian juga termasuk dalam pengertian ‘ihsan’ iaitu menjadi antara tonggak Negara Madani yang dijadikan slogan terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Terdahulu sejak 1 Ramadan, tular di media sosial mengenai perkongsian orang awam yang membeli makanan hangit, basi dan tidak setimpal dengan harga.

Antaranya ialah nasi ayam berempah pada harga RM15, roti john dan martabak hangit malah perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet. BH

Haram jual makanan hangit, rosak atau basi – Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker