2 maut, 5 cedera dalam kemalangan

2 maut, 5 cedera dalam kemalangan

JOHOR BAHRU: Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuh Raya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Alza dan Hyundai i30 itu pada pukul 3 petang.

Beliau berkata Alza tersebut membawa enam penumpang dengan dua daripadanya maut, dua lelaki dan seorang perempuan cedera, serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Hyundai i30 juga cedera.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Alza. PKO mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans KKM,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut bagaimanapun berkata identiti semua yang terlibat dalam kemalangan itu akan dimaklumkan kemudian. FMT

2 maut, 5 cedera dalam kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker