Lepas tujuh tahun, bapa masih tunggu penjelasan kematian anak

Lepas tujuh tahun, bapa masih tunggu penjelasan kematian anak

Seorang bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan sejak tujuh tahun lalu demi mendapatkan keadilan terhadap kematian anak lelakinya yang berusia 11 bulan ketika itu.

Mohd Nazri Mohd Yusof, 45, berkata anaknya Wan Naufal Afeef pada mulanya menghidap penyakit bronchiolitis akut dan dirawat di sebuah hospital swasta di Lembah Klang.



Namun, anaknya itu kemudian dibawa untuk dibedah siasat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor pada hari yang sepatutnya dia dibenarkan keluar dari hospital swasta tersebut.

Menyorot insiden yang memilukan hati itu, Mohd Nazri berkata anaknya meninggal secara mengejut walaupun beberapa jam sebelum itu kelihatan telah sihat.

Katanya, banyak persoalan yang timbul selepas Jabatan Forensik HTAR mengeluarkan laporan yang dianggap mengelirukan.

Antaranya merupakan status kematian bayi tersebut yang diletakkan sebagai kematian semula jadi, punca kekurangan siasatan, ketelusan proses bedah siasat, pengelasan kematian ‘brought in dead’ (BID) oleh HTAR sedangkan anaknya meninggal di hospital sewaktu menerima rawatan, dan alasan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menyatakan tiada sampel darah untuk ujian toksikologi yang dihantar dari hospital HTAR.



“Saya tahu saya bukan anak menteri, bukan anak sesiapa… tapi ia merupakan satu tanggungjawab untuk dia (pihak berwajib) buat kerja dia dan saya bukan nak anak saya mati pun, saya nak tahu anak saya meninggal sebab apa,” katanya yang turut hadir bersama peguamnya Dr Roslan Fadzil di pejabat Malaysiakini baru-baru ini.

Roslan menjelaskan, tujuan laporan toksikologi tersebut untuk mengenal pasti jenis ubat yang diberikan kepada anaknya dan ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada proses bedah siasat.

Dia memberitahu terdapat sejenis ubat antibiotik yang tidak dinyatakan dalam borang Kimia 15 bahawa pesakit telah diberikan ubat berkenaan, walaupun ia ada dinyatakan dalam bil hospital.

Ubat tersebut merupakan sejenis ubat antibiotik yang dilarang oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), FDA dan syarikat ubat-ubatan Pfizer. Ia juga dilarang diberikan kepada kanak-kanak, mahupun secara intravena (IV).



Kecewa dengan kejadian itu, Mohd Nazri berkata dia telah menulis surat kepada pelbagai pihak termasuklah kepada pihak hospital dan pihak berkuasa, tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima.

Katanya ia telah menyebabkan dia menanggung kos yang tinggi selain menunggu begitu lama untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.

Ini termasuklah kos guaman yang enggan dideahkan jumlahnya dan kes yang difailkan di mahkamah ditunda sejak 2021.

“Anak saya meninggal dalam hospital masa nak balik tapi pukul 8.30 pagi elok lagi rupa, nampak sihat,” katanya yang menunjukkan gambar anaknya ketika itu melalui telefon bimbitnya.



Bapa kepada tiga orang anak itu dan peguamnya masing-masing mempunyai latar belakang perubatan. Kedua-duanya turut mempersoalkan mengapa hospital tergesa-gesa meminta jenazah anaknya dikebumikan, sedangkan laporan bedah siasat belum dikeluarkan.

Menurutnya, laporan bedah siasat dikeluarkan dua bulan selepas itu.

“Tiada maklumat yang konsisten tentang laporan,” kata Roslan.

Malah menurut Mohd Nazri, sijil kematian anaknya tidak dapat dikeluarkan kerana status bedah siasat yang belum selesai. Mk



Lepas tujuh tahun, bapa masih tunggu penjelasan kematian anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker