Ngeh dan Nga bakal dicabar di Perak


IPOH – Pemilihan DAP Perak mencuri perhatian selepas barisan kepimpinan negeri yang dipimpin pasangan sepupu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming secara rasminya akan dicabar oleh gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran.

“Konflik” yang wujud antara kem Ngeh-Nga dengan Thomas dan Kula bukan satu rahsia dalam DAP Perak, tetapi pembentukan pasukan Thomas-Kula untuk mencabar barisan kepimpinan sedia ada menjelang pemilihan pada 14 Mac tetap menjadi tumpuan.

Hakikatnya, gendang perang dibunyikan kem pencabar selepas 10 tahun “berdiam” dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merebut 15 kerusi pemimpin dalam DAP Perak.

Sinchew Daily melaporkan, beberapa isu termasuk kerjasama DAP dan UMNO dijangka akan dibangkitkan

Ngeh-Nga yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Teluk Intan justeru tidak boleh memandang ringan cabaran yang diterima kerana suara tidak puas hati memang kedengaran dalam DAP Perak yang menyaksikan “penghijrahan” wakil rakyatnya ke parti lain.

Walau bagaimanapun, kem Ngeh-Nga masih mempunyai sedikit kelebihan kerana disokong majoriti wakil rakyat.

Selain Thomas dan Kula yang merupakan Ahli Parlimen, barisan pencabar turut menamakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Leow Thye Yih (Pokok Assam) dan Terence Naidu (Pasir Bedamar), manakala bakinya adalah diisi oleh pemimpin akar umbi.

Dalam kem bertentangan pula, Ngeh-Nga dijangka membariskan ramai wakil rakyat yang tidak asing dalam kalangan ahli parti, walaupun senarai rasmi belum diumumkan.

Barisan kepimpinan sedia ada dijangka mempertahankan kedudukan melalui Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi), Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur), Loh Sze Yee (ADUN Jalong), Lee Chuan How (ADUN Pasir Pinji), Ko Chung Sen (ADUN Kepayang), Cheah Poh Hian (ADUN Jelapang), Chaw Kam Foon (ADUN Menglembu), Wong May Ing (ADUN Pantai Remis), Chong Zhe Min (ADUN Keranji) dan A. Sivanesan (ADUN Sungkai).

Kor Ming ketika dihubungi memberitahu, calon pasukannya akan diumumkan Kah Woh yang juga Setiausaha DAP Perak pada 11 Mac.

Wakil-wakil rakyat yang menyokong Ngeh-Nga juga dilaporkan giat ke hulu dan ke hilir untuk menemui pemimpin akar undi dan mendapat sokongan menjelang pemilihan parti. MG

Ngeh kena sekolah pasal Kristian minum arak di Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker