Ngeh kena sekolah pasal Kristian minum arak di Parlimen

Share

Buddha, Kristian, Hindu larang minum arak, kata ahli Parlimen PAS

Seorang ahli Parlimen PAS hari ini berkata semua agama tidak mengizinkan penganutnya meminum arak, sekali gus mencetuskan perbalahan dengan seorang ahli Parlimen DAP.

Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menjual arak tetapi agama lain seperti Buddha dan Hindu tidak membenarkan penganutnya mengambil minuman keras itu.


Tetapi Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) meminta Zawawi membetulkan faktanya kerana agama lain seperti Kristian, mengizinkan penganutnya meminum arak tetap tidak sampai memabukkan.

“Semasa upacara santapan terakhir Jesus, mereka minum wain merah,” kata Ngeh.

Bagaimanapun, Zawawi pula meminta Ngeh membetulkan fakta, termasuk mengenai agama Kristian “sebelum kitab Injil dipesongkan”, kerana arak yang sedikit pun tidak dibenarkan.


Ngeh membalas dengan memberitahu Zawawi supaya bertanya pakar agama lain dulu, mendorong ahli Parlimen PAS itu berkata, beliau membaca kisah agama Kristian yang ditulis penganut agama itu.

“Saya baca buku dikarang oleh pendeta Kristian, bukan…buku dikarang oleh orang Islam,” katanya menambah beliau tidak berniat memburukkan mana-mana agama kerana semua agama tidak mengizinkan penganutnya meminum arak.

Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat hari ini, Zawawi turut menggesa kerajaan memantau penjualan arak di “pusat hiburan yang liar”.


Ketua Ulama PAS itu berkata, hiburan dibenarkan tetapi boleh mengundang banyak masalah jika melampaui batasan.

Beliau menggesa pihak berkuasa mengadakan ujian terhadap pelanggan sebelum mereka pulang bagi mengelakkan kemalangan.

Sementara itu, seorang lagi ahli Parlimen PAS berharap industri arak akan lenyap pada masa depan kerana ia bukan 1 keperluan hidup.

Ahmad Fadhil Shaari (PAS-Pasir Mas) berkata, rakyat perlu disedarkan mengenai perkara itu melalui proses pendidikan sekali gus membolehkan industri arak dengan sendirinya terhapus di negara ini.

“Yang lebih jauh lagi sebenarnya ialah kita mengharapkan supaya industri arak ini sendiri pada akhirnya sudah tiada dalam negara kita ini. Tetapi ia mungkin perlu melalui proses pendidikan.

“Melalui proses pendidikan yang (disampaikan) secara beransur-ansur… rakyat pada akhirnya melihat arak bukan lagi keperluan dalam kehidupan mereka,” katanya ketika embahaskan RUU itu. FMT

2 thoughts on “Ngeh kena sekolah pasal Kristian minum arak di Parlimen

  • August 26, 2020 at 22:29
    Permalink

    di india ada orang hindu minum air ‘red bull’, nasib baik orang hindu di Malaysia tak minum ‘red bull’ kata tak haram & dibenarkan oleh agama mereka

    Reply
  • August 26, 2020 at 22:48
    Permalink

    ada seorang negarawan mendakwa dia lebih Islamik dari sebuah parti memperjuangkan Islam di Malaysia kerana dialah yang menerapkan nilai2 Islam dalam pentadbiran kerajaan dimana dia menjadi PM tapi dia membenarkan & membiarkan anaknya menjadi towkay syarikat membuat & menjual arak yang boleh dikata terbesar juga di dunia

    kepada ngeh koo ham, ikutlah ajaran Jesus yang sebenar jangan ikut ajaran si ‘paul’…berhentilah minum arak, makan babi, tentang anunya dah liat doktor kata boleh dipotong tu takpe

    Reply

Leave a Reply