Tengku Zatashah, gadis ‘mangkuk tingkat’


‘Saya bangga bawa mangkuk tingkat’, Tengku Zatashah sedih murid ditertawa

Puteri Sultan Selangor mengakui tidak berasa malu malah bangga membawa bekalan makanan dalam mangkuk tingkat ke mana-mana sahaja.

Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, disebabkan itu beliau digelar “gadis mangkuk tingkat” oleh masyarakat sekelilingnya.

“…saya juga bawa mangkuk tingkat sendiri ke mana-mana sahaja, ke bazar Ramadan, ke pasar malam dan ke trak makanan.



“Malah orang panggil saya “gadis mangkuk tingkat,” catatnya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Zatashah (@zatashah)



Tengku Zatashah mengulas tentang kisah seorang murid membawa mangkuk tingkat ke sekolah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Katanya, beliau kesal murid perempuan itu menjadi mangsa buli di internet kerana membawa perkakas tradisional sedangkan katanya ramai yang bangga membawa dan menggunakannya.

“Sedih melihat komen-komen negatif dan perbuatan buli terhadap kanak-kanak perempuan itu tidak wajar dan kejam.



“Mereka tidak patut berbuat begitu.

“Di dalam waktu Covid-19 yang sukar ini kita perlu tunjukkan kebaikan.

“Kita perlu bersatu dan bersikap baik hati,” katanya. MM

[VIDEO] Lelaki Terkejut Tiba Tiba Ular Tedung Dalam Mangkuk Tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker