Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen

Presiden PAS Hadi Awang diingatkan supaya tidak lupa tanggungjawab menghadiri sidang Parlimen.

Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen

Presiden PAS Abdul Hadi Awang diingatkan tentang keberkatan pendapatan susulan tindakannya yang ‘sibuk beraksi dengan berpidato’ tetapi tidak hadir ke sidang Parlimen, kata Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan.

Amidi berkata, Islam menitikberatkan soal kesucian dan keberkatan pendapatan.

“Pimpinan PKR hanya mahukan keikhlasan dan kesungguhan wakil rakyat Marang dan beberapa Ahli Parlimen dari PN untuk hadir ke sidang Parlimen.

“Maka apa alasan untuk kita mengambil pendapatan sedangkan kita tidak melaksanakan tugasan yang diwajibkan ke atas kita,” katanya dalam kenyataan.

Amidi berkata, Parlimen merupakan tempat bagi semak dan imbang kerana dari situlah punca peraturan dan undang-undang digubal.

“Sekiranya (Marang) rajin ke Parlimen, maka Rang Undang-undang (RUU) 355 sudah tentu telah dibahas dan diluluskan dengan restu MCA, MIC dan GPS.

“Bukan setakat RUU 355 tidak tertunai, tetapi juga wakil Marang terlepas pahala jihad yang besar jika beliau menganggap PM kesepuluh seorang yang zalim,” sindirnya.

Amidi sebelum itu merujuk kenyataan Hadi dalam Minda Presiden yang bertajuk ‘PKR lawan al-Quran’.

Dalam kenyataannya Hadi mempertahankan PAS yang dituduh mempolitikkan agama sambil menegaskan bahawa parti itu yang berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.

Selain itu Hadi turut menggesa PKR kembali kepada al-Quran dan mendapatkan petunjuk Allah susulan kenyataan yang dibuat Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail bahawa ahli parti itu sepatutnya bersikap ‘menyerang’ terhadap kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama.

Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Khas PKR semalam, Saifuddin mengetengahkan kenyataan Hadi yang menurutnya dibuat secara jelas menentang titah diraja supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik.

Mengulas lanjut, Amidi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata tindakan Hadi menuduh PKR mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang bertentangan dengan Islam ‘agak melucukan’ sedangkan tindakan sama turut dibuat oleh kerajaan PN sebelum ini.

“Wakil Marang terlupa lafaz ikrar yang dibaca ketika kali pertama bersidang bagi setiap sesi iaitu setiap wakil rakyat perlu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa dan ketika.

“Maka ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri. Sistem pemerintahan di Malaysia semuanya berdiri di atas perlembagaan ini,” katanya yang turut mencabar Hadi membuat kenyataan secara jelas menentang Perlembagaan Persekutuan. FMT

Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker