Warisan tak akan hadapi PRN Sabah bersendirian – Shafie

Presiden Warisan berkata pihaknya sedang menilai rakan parti yang sesuai untuk membentuk kerjasama kukuh di Sabah, antaranya Umno.

Warisan tak akan hadapi PRN Sabah bersendirian – Shafie

PUTATAN: Warisan tidak akan menghadapi pilihan raya negeri Sabah akan datang secara bersendirian dan kini sedang menilai parti yang sesuai bagi membentuk kerjasama yang kukuh, kata Presidennya Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan sama antaranya untuk rakyat Sabah dan kerjasama itu mampu bertahan untuk suatu tempoh yang panjang.

“Memang ada kenal pasti beberapa parti antaranya Umno di peringkat negeri Sabah tetapi kita belum putuskan apa-apa lagi (untuk kerjasama) pada masa ini, banyak juga… parti tempatan (untuk kerjasama) kita umum bila tiba masanya.

“Dengan Pakatan Harapan (PH) kita sudah ada (kerjasama) di peringkat nasional bersama dalam kerajaan perpaduan, sebenarnya saya antara terawal sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Warisan Bersama Rakyat di sini malam tadi.

Pada PRU15 lalu, Warisan yang bertanding bersendirian memenangi tiga kerusi Parlimen daripada keseluruhan 52 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara.

PRN Sabah ke-16 pada 2020 menyaksikan Warisan yang ketika itu bekerjasama dengan PH membentuk Warisan Plus memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada keseluruhan 73 kerusi DUN, manakala penggal pentadbiran kerajaan negeri ketika ini akan tamat pada 2025.

Shafie berkata apa yang penting sekarang adalah untuk Warisan mengukuhkan parti terlebih dahulu sebelum mengorak langkah seterusnya untuk menjalin kerjasama dengan parti lain.

Beliau berkata Warisan juga akan mempersiapkan parti untuk menghadapi PRN Sabah biarpun pilihan raya itu diadakan tahun ini atau tahun depan.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRN Sabah nanti, Shafie berkata sudah tentu Warisan tidak akan bertanding di semua 73 kerusi DUN, namun Warisan tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi pada PRN Sabah yang lepas.

Menjelaskan mengenai kedudukan Warisan, beliau berkata parti itu merupakan antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, bagaimanapun di peringkat negeri Warisan tidak termasuk sebagai parti dalam kerajaan Sabah. FMT

Warisan tak akan hadapi PRN Sabah bersendirian – Shafie

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker