Bukti usaha gugat Kerajaan Perpaduan ditolak

Bukti usaha gugat Kerajaan Perpaduan ditolak

Keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang diumum secara rasmi hari ini memberi mesej jelas bahawa segala usaha direncana pihak tertentu untuk menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan gagal dan ditolak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesej perwakilan UMNO yang memberi sokongan kepada calon yang menang, membuktikan mereka mahu kerajaan terbina ini terus berfungsi dan dipertahankan.

“Jelas daripada keputusan pemilihan sayap UMNO di peringkat kawasan Parlimen (bahagian) dan pusat, ditambah pemilihan di peringkat bahagian dan nasional, memperlihatkan bahawa telahan untuk gugat kerajaan yang ada boleh dielakkan.

“Kelihatan kesepaduan dalam pemimpin UMNO yang dilihat dari dokongan akar umbi kepada kepimpinan nasional adalah untuk beri dokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun ada usaha menggugat kerajaan, sekarang ia jelas ditolak kerana terdapat 160,000 perwakilan sudah buat pemilihan. Jelas isyarat ini bahawa (perwakilan) menolak unsur untuk memecahkan UMNO dari luar dan menyuntik perpecahan dari dalam untuk meruntuhkan kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

UMNO mengakhiri siri pemilihan partinya hari ini, selepas 187 Bahagian UMNO di seluruh negara bersidang pada Sabtu.

Pemilihan UMNO 2023 menyaksikan Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden UMNO selepas jawatan disandang tidak dipertanding, selain timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jawatan Naib Presiden UMNO pula disandang Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keputusan pemilihan kali ini juga menunjukkan akar umbi UMNO mahu kerajaan sedia ada diperkukuh.

“Jelas akar umbi mahu kerajaan yang ada diperkukuhkan dan gabungan parti dalam kerajaan, membabitkan kombinasi 20 parti, diperkuat dengan kepimpinan UMNO akan memperkukuhkan kerajaan yang ada.

“Kami (UMNO) berjanji Kerajaan Perpaduan akan terus didokong oleh kami bersama rakan-rakan parti lain termasuk dari Barisan Nasional (BN),” katanya. BH

Bukti usaha gugat Kerajaan Perpaduan ditolak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker