Lee Zii Jia All England

Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton All England apabila perjalanannya terkandas di peringkat separuh akhir.

Pemain No.4 dunia itu tewas straight-set kepada Shi Yuqi dari China dengan keputusan 19-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit pada aksi di Arena Birmingham sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia ke atas pemain di ranking ke-12 dunia itu selepas terdahulu tewas 18-21, 21-16, 12-21 di pentas final Terbuka Denmark tahun lepas.



Ia juga secara tidak langsung meleburkan impian Zii Jia untuk mengulangi pencapaian hebat pernah dilakukannya ketika menjuarai All England pada dua tahun lalu.

Lebih malang, ini juga kali kedua berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu tersingkir di peringkat separuh akhir All England selepas tewas kepada Lakhsya Sen dari India tahun lalu.

Bagaimanapun, pencapaian mara ke separuh akhir dilihat sebagai petanda kebangkitan Zii Jia selepas terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Tidak mustahil Zii Jia mampu melangkah jauh dalam kejohanan seterusnya seperti Terbuka Switzerland yang dijadualkan membuka tirainya Selasa ini



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker