Ada MoU pun masih boleh kritik, Mahathir diberitahu

Ada MoU pun masih boleh kritik, Mahathir diberitahu

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan tidak menghalang pembangkang daripada terus mengkritik dan memantau Putrajaya, kata Ahli Parlimen.

Bercakap kepada FMT, Charles Santiago dan Fahmi Fadzil, masing-masing daripada DAP serta PKR berkata, pemimpin PH jelas menyatakan akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

Mereka mengulas kenyataan Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa Pejuang tidak akan menandatangani MoU dengan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana pembangkang mesti bebas untuk memantau tindakan kerajaan.

Santiago berkata, MoU itu – yang kandungannya boleh diperolehi secara dalam talian – tidak menghalang atau mengekang pembangkang daripada mengkritik kerajaan.

“Malah, dari segi belanjawan persekutuan, pembangkang mempunyai peranan untuk dimainkan dan sekiranya tidak berpuas hati, kami tidak perlu menyokongnya.

“Tiada kewajipan untuk pembangkang menyokong kerajaan.

“Malah, dalam beberapa hari lalu pemimpin PH tetap lantang mempertikaikan isu seperti cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan pelantikan abang Ismail sebagai pengerusi NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan).”

Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata, walaupun PH menandatangani MoU itu, pembaharuan yang diperjuangkannya adalah untuk manfaat semua parti dan Ahli Parlimen pembangkang.

“Contohnya, memberikan pemimpin pembangkang sumber dan hak untuk memainkan peranannya dengan lebih baik terpakai untuk sesiapapun yang mengetuai pembangkang. Bukan sekadar terhad kepada PH saja.”

Fahmi, Ahli Parlimen Lembah Pantai pula menyifatkan Mahathir “tersilap” jika berfikir PH tidak akan memainkan peranannya sebagai pembangkang semata-mata kerana telah menandatangani MoU bersama kerajaan.

“Dalam minggu lalu, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu semuanya jelas ketika ucapan mereka di Dewan Rakyat mengatakan PH akan terus memantau kerajaan.

“Kami akan terus mengkritik dan mempertikaikan dasar yang tidak bagus untuk negara ini.”

Fahmi berkata, PH turut menyatakan jelas perkara itu kepada Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya Amiruddin Hamzah dalam satu pertemuan sebelum MoU itu ditandatangani. FMT

Ada MoU pun masih boleh kritik, Mahathir diberitahu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker