Razlan menang di Seputeh, Armand kekal di Subang

Razlan menang di Seputeh, Armand kekal di Subang

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh menewaskan penyandangnya, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026.

Keputusan tersebut memihak kepadanya dengan majoriti 206 berbanding 52 undi yang diperoleh Mustapa Kamal.



Turut berkongsi kemenangan, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang memaklumkan kemenangannya di Instagramnya sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Subang yang dimenanginya dalam pemilihan parti pada 2018.

Armand dikatakan berjaya menewaskan Abu Hasan Ashaari Alang Jaman. MG

Razlan menang di Seputeh, Armand kekal di Subang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker