Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Kediaman pengasas silat gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di sini, yang usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi akan dibina semula.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata pembinaan semula rumah lahirnya ribuan jaguh silat dan jurulatih seni mempertahankan diri negara itu, dijangka bermula seawal tahun depan.

Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan dihulurkan bagi pembinaan semula rumah itu adalah atas kapasiti peribadi dan tidak melibatkan PESAKA.



Katanya, beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk memaklumkan usaha membina semula rumah berkenaan, selain berbincang mengenai proses dokumentasi, antaranya melibatkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya nak minta pimpinan pertubuhan silat lincah Perak untuk cari kontraktor dan kita akan bina semula. Kita nak usahakan balik, membina semula ikut (reka bentuk) asal rumah ini,” katanya ketika melawat rumah berkenaan, di sini hari ini.

Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong, Sazali Salleh (tig dari kiri) memberi taklimat kepada Presiden PESAKA merangkap Mahaguru Muda Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kiri) yang melawat rumah Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di Jalan Air Kuning, Taiping, hari ini. - BERNAMA
Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong, Sazali Salleh (tig dari kiri) memberi taklimat kepada Presiden PESAKA merangkap Mahaguru Muda Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kiri) yang melawat rumah Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di Jalan Air Kuning, Taiping, hari ini. – BERNAMA

 

Megat Zulkarnain berkata, kehadiran beliau memberi bantuan adalah atas kapasiti pemimpin dalam persilatan, iaitu Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia dan tidak bertujuan mencampuri pengurusan serta pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.



“Tujuan saya untuk menyelesaikan, kemudian kita serahkan balik dan mereka uruskanlah, itu bukan lagi urusan saya (sesudah selesai pembinaan rumah berkenaan),” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga sejarah serta nilai instrumental di rumah itu apabila ia menjadi lokasi pertemuan ayahnya, Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju (Pengasas Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia) dengan Meor Abdul Rahman.

“Pada awalnya pertemuan itu bagi tujuan lain, akhirnya di rumah ini mereka bersumpah dunia akhirat sebagai adik-beradik sebab lincah bawa semangat Jebat dan gayong membawa semangat Tuah,” katanya.

Pada 20 Disember lalu, BERNAMA melaporkan rumah di tepi Jalan Ayer Kuning menghala jalan utama Changkat Jering itu sudah usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi, selain dikelilingi semak samun dengan tingkap, pintu, dinding dan bumbungnya mereput.



Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Sazali Salleh, 60, yang juga anak angkat mahaguru silat gayung itu berkata, mereka pernah berusaha mengumpul dana bagi membaiki dan membaik pulih rumah arwah ayahnya itu namun gagal. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker