‘Muafakat Nasional masih wujud’

KUALA LUMPUR – Gagasan kerjasama politik Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas masih wujud terutama di peringkat kebangsaan.

Tegas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, walaupun kedua-dua parti itu bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan namun tidak memutuskan hubungan UMNO-Pas.

“Walaupun MN (adalah permuafakatan politik) UMNO dan Pas tapi sekarang Pas sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) dan UMNO sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).

“PN dan BN bersaing berasingan dan mereka bersaing sesama sendiri. Meskipun situasi itu berlaku, tak bermakna Pas dan UMNO itu terputus hubungan sama sekali. MN masih boleh dikatakan wujud terutamanya di peringkat kebangsaan.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan pembentangan dan demonstrasi pelaksanaan 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration di Ibu Sawat Telekom Malaysia Setapak pada Rabu.

Ketika ini hubungan PN dan BN yang membentuk kerajaan menjadi persoalan kepada rakyat selepas kedua-dua gabungan itu mengumumkan bertanding secara berasingan dalam PRN Melaka.

PN dan BN masing-masing bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menyaksikan parti mentadbir Putrajaya itu bertembung sesama sendiri hingga mewujudkan persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di semua kerusi.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yang turut terlibat secara langsung dalam pembentukan MN menegaskan, bukan suatu perkara yang luar biasa apabila parti dalam kerajaan bersaing di peringkat negeri namun duduk bersama di peringkat Persekutuan.

Katanya, perkara itu turut diamalkan di beberapa negara lain di dunia.

‘Muafakat Nasional masih wujud’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker